Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Premature Baby tickers

Friday, August 13, 2010

4 perkara sebelum tidur

Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah r.a :

Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
  1. Sebelum khatam al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
  3. Sebelum para muslimin meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu melaksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah r.a : " Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? Rasulullah tersenyum dan bersabda : " Jika engkau tidur bacalah :

  1. Surah al-Ikhlas 3x seolah-olah kau mengkhatamkan al-Quran.
  2. Berselawatlah utk ku dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah utk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan perbanyakkanlah tasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka seakan2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

No comments: