Tuesday, November 2, 2010

Mencari 5 Perkara dan Mendapatinya di dalam 5 Perkara

1. Aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha.

2. Aku mencari penenang untuk alam kubur, aku mendapatinya di dalam solat malam.

3. Aku mencari jawapan untuk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam membaca al-quran.

4. Aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang titian sirat, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah.

5. Aku mencari naungan arasy, aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah swt.

Monday, November 1, 2010

8 Kalimah Pusaka : Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Anaknya..

" Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka Nabi saw sebagai pedoman hidup. Kalimah itu ialah :

  1. Apabila engkau sedang solat, jaga baik-baik fikiran mu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah mata mu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidah mu (perkataanmu).
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangai mu.
  5. Ingatlah selalu kepada Allah swt.
  6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya.
  7. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  8. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadap mu.