Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, August 19, 2010

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

2.Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3.Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "LAAILAA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Sunday, August 15, 2010

Amalan Sunnah: petua kesihatan



Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje.. sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.

Ini adalah merupakan diet Rasullulah SAW . Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini.. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus... Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini.. kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

  1. Jangan makan SUSU + DAGING
  2. Jangan makan DAGING + IKAN
  3. Jangan makan IKAN + SUSU
  4. Jangan makan AYAM + SUSU
  5. Jangan makan IKAN + TELUR
  6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU + CUKA
  8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi (ion+) manakala dalam ikan mengandungi (ion-), jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan2 berikut:-

  1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak terkumpul. Kita boleh saksikan orang yg mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. Enzyme ialah sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam.
Sama2lah kita mengamalkannya. WallahuA'lam

Sabda nabi saw : "Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

Friday, August 13, 2010

4 perkara sebelum tidur

Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah r.a :

Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
  1. Sebelum khatam al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
  3. Sebelum para muslimin meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu melaksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah r.a : " Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? Rasulullah tersenyum dan bersabda : " Jika engkau tidur bacalah :

  1. Surah al-Ikhlas 3x seolah-olah kau mengkhatamkan al-Quran.
  2. Berselawatlah utk ku dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah utk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan perbanyakkanlah tasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir, maka seakan2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Perkara yang membatalkan ucapan syahadah



1. Bergantung selain daripada Allah swt.

2. Ingkar nikmat Allah swt.
3. Bekerja utk selain drp Allah : menunjukkan riak & untuk mendapat ganjaran.
4. Mengadakan hukum syara' mengikut keperluan manusia.
5. Taat selain daripada Allah swt.
6. Menjalankan hukum lain selain drp hukum Allah swt.
7. Memikirkan dunia tanpa memikirkan akhirat.
8. Menghina kitab Allah swt dan sunnah Rasulullah saw.
9. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah swt.
10.Menjadikan orang-orang kafir sebagai pemimpin.
11.Tidak beriman dgn mana2 hukum al-Quran dan Sunnah.
12.Takut dalam menegakkan tauhid dan aqidah.
13.Mengkafirkan orang lain dan beribadat dengan riak.

Astaghfirullah...renung2kanlah, adakah kita tergolong dlm golongan ini.