Sunday, November 24, 2013



  salam...
start 17 november baru2 ni kami kumpulan j-QAF 2013 mula interaksi bagi semester 2...interaksi ni berjalan sehingga 5 minggu...alamak letihnya..jumaat amik lesen kereta..sabtu plak masih ada kuliah...bab kata langsung takde rehat...tapi nampaknya semua orang cam seronok n enjoy jer...walaupun penat tapi tetap kena teruskan...semoga semua beroleh ilmu yang bermanfaat...

Saturday, November 2, 2013

FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM

baru2 ni saya ada membeli sebuah majalah iaitu majalah AT-TAQWA..saya belinya di sekolah daripada seorang pakcik yang datang menjualnya.
dalam majalah tersebut ada disebut tentang rahsia disebalik senyum dan tawa. so, di sini saya nak kongsi bersama-sama dengan anda semua.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman muka yang mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga keseluruhan hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya  menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. kajian menunjukkan senyuman mampu memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mana mampu mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi dan menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

tamat bahagian satu....akan bersambung..

Saturday, January 1, 2011

Al-Quran Sebagai Pembela Di Akhirat


Abu Bakar r.a berkata : "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu, sedangkan Allah di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa, sementara Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : " ...dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah akhirat dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi anggota tubuhnya maka hilang syurga dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan dia memperolehi semua kebaikan."

IBLIS ADALAH MUSUH MANUSIA, SEMENTARA MANUSIA ADALAH SASARAN IBLIS. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya..

Friday, December 24, 2010

Imtihan Menjelang Lagi...


Salam imtihan buat semua teman2 seperjuangan,
study hard n smart..don't tension2..buat suami tercinta sama2 lah kita berusaha untuk imtihan kali ini walaupun anakanda tercinta kurang sihat...itu adalah dugaan untuk kita berdua...semoga kita tabah menghadapinya...jgn tension2 yer bang..
Buat teman akrab di Kaherah (Juita ku sayang)..berusaha selagi ada masa..semoga sukses ketika menjawab soalan imtihan kali ni..doakan kami sekeluarga..dan doakan moga Afifah Umairah cepat sembuh ...

Wednesday, December 22, 2010

Monday, December 20, 2010

ANAK UMI DAH BESAR..


Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar puteri kecil ku bakal menginjak usia setahun tanggal 25 Disember ini..dah besar rupanya permata hati umi dan walid..keletahnya membuat semua orang suka padanya..sekarang puteri kecil ku sudah pandai banyak perkara..cuma bercakap dan berjalan jer yang belum...alhamdulillah kerana dia membesar dgn sihat dan kuat..semenjak mula dilahirkan hingga sekarang..semoga puteri kecil umi dan walid menjadi seorang wanita yg solehah di kemudian hari..berjaya di dunia dan akhirat...amin..

Tuesday, November 2, 2010

Mencari 5 Perkara dan Mendapatinya di dalam 5 Perkara

1. Aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha.

2. Aku mencari penenang untuk alam kubur, aku mendapatinya di dalam solat malam.

3. Aku mencari jawapan untuk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam membaca al-quran.

4. Aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang titian sirat, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah.

5. Aku mencari naungan arasy, aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah swt.