Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Premature Baby tickers

Saturday, January 1, 2011

Al-Quran Sebagai Pembela Di Akhirat


Abu Bakar r.a berkata : "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu, sedangkan Allah di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa, sementara Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : " ...dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah akhirat dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi anggota tubuhnya maka hilang syurga dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan dia memperolehi semua kebaikan."

IBLIS ADALAH MUSUH MANUSIA, SEMENTARA MANUSIA ADALAH SASARAN IBLIS. Oleh itu manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya..

Friday, December 24, 2010

Imtihan Menjelang Lagi...


Salam imtihan buat semua teman2 seperjuangan,
study hard n smart..don't tension2..buat suami tercinta sama2 lah kita berusaha untuk imtihan kali ini walaupun anakanda tercinta kurang sihat...itu adalah dugaan untuk kita berdua...semoga kita tabah menghadapinya...jgn tension2 yer bang..
Buat teman akrab di Kaherah (Juita ku sayang)..berusaha selagi ada masa..semoga sukses ketika menjawab soalan imtihan kali ni..doakan kami sekeluarga..dan doakan moga Afifah Umairah cepat sembuh ...

Wednesday, December 22, 2010

Monday, December 20, 2010

ANAK UMI DAH BESAR..


Masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar puteri kecil ku bakal menginjak usia setahun tanggal 25 Disember ini..dah besar rupanya permata hati umi dan walid..keletahnya membuat semua orang suka padanya..sekarang puteri kecil ku sudah pandai banyak perkara..cuma bercakap dan berjalan jer yang belum...alhamdulillah kerana dia membesar dgn sihat dan kuat..semenjak mula dilahirkan hingga sekarang..semoga puteri kecil umi dan walid menjadi seorang wanita yg solehah di kemudian hari..berjaya di dunia dan akhirat...amin..

Tuesday, November 2, 2010

Mencari 5 Perkara dan Mendapatinya di dalam 5 Perkara

1. Aku mencari keberkatan keperluan hidup, aku mendapatinya dalam solat dhuha.

2. Aku mencari penenang untuk alam kubur, aku mendapatinya di dalam solat malam.

3. Aku mencari jawapan untuk menjawab soalan malaikat, aku mendapatinya dalam membaca al-quran.

4. Aku mencari alat untuk berpegang ketika menyeberang titian sirat, aku mendapatinya dalam puasa dan sedekah.

5. Aku mencari naungan arasy, aku mendapatinya dalam mengasingkan diri beribadah kepada Allah swt.

Monday, November 1, 2010

8 Kalimah Pusaka : Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Anaknya..

" Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah daripada pusaka Nabi saw sebagai pedoman hidup. Kalimah itu ialah :

  1. Apabila engkau sedang solat, jaga baik-baik fikiran mu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, jagalah mata mu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidah mu (perkataanmu).
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangai mu.
  5. Ingatlah selalu kepada Allah swt.
  6. Selalulah ingat akan mati dan bersedialah untuk menghadapinya.
  7. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  8. Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadap mu.

Thursday, August 19, 2010

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

2.Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3.Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkanlah bacaan "LAAILAA HA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.