FAKTA MENARIK TENTANG SENYUM
baru2 ni saya ada membeli sebuah majalah iaitu majalah AT-TAQWA..saya belinya di sekolah daripada seorang pakcik yang datang menjualnya.
dalam majalah tersebut ada disebut tentang rahsia disebalik senyum dan tawa. so, di sini saya nak kongsi bersama-sama dengan anda semua.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman muka yang mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga keseluruhan hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. kajian menunjukkan senyuman mampu memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mana mampu mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi dan menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
tamat bahagian satu....akan bersambung..